✿ ~ Living with Islam ~ ✿

♥~ I Want To Die With My Forehead On The Ground, The Sunnah In My Heart, Allah On My Mind, Quran On My Tongue, And Tears In My Eyes..~♥

Pages

Laman Baru..


Salam Kasih Sayang buat saudara-saudara SeIslamku kerana Allah, terima kasih kerana sudi menjengah teratak ini. Setelah sekian lama menyepi dari dunia maya saya kembali lagi dengan membina laman www.takafullink4all.combertujuan untuk berkongsi kesedaran dan kepentingan perlindungan Takaful buat semua. 


Saya bersyukur kerana Allah telah memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan takaful. Saya merasakan keperluan adanya perlindungan diri sejak saya masih menuntut di tahun akhir pengajian ijazah saya. Ketika itu saya masih belum bergaji saya korbankan sedikit pendapatan dari kerja sampingan ‘Home Tuisyen’ saya untuk membayar sumbangan Takaful. Oleh kerana pengangkutan utama saya ketika itu adalah motosikal saya sering merasakan saya perlu ada takaful untuk memberi perlindungan sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya. Atas desakan prinsip hidup saya yang tidak akan menyusahkan orang sekiranya masih mampu melakukan sesuatu menggunakan kudrat yang Allah kurniakan ini saya sanggup korbankan sedikit duit belanja untuk tujuan ini.

Tetapi malangnya ketika itu, saya masih belum sedar sepenuhnya tentang konsep takaful, lebih kepada tiada ilmu tentang Takaful. Hanya terfikir ketika itu akan mendapat pampasan sekiranya berlaku kematian. hampir setahun saya membayar sumbangan tiba-tiba terdetik di hati rasa seperti rugi membuat bayaran sekiranya tidak berlaku apa-apa pada diri saya. Akhirnya sumbangan saya terputus di tengah jalan.

Tatkala melangkah ke alam pekerjaan, di buai dengan segala macam pinjaman yang terlalu mudah untuk dipohon buat hati saya terdetik! juga minda saya kembali diterjah untuk berfikir. Apa akan jadi sekiranya saya mati di usia muda yang sudah tentu terlalu banyak dengan komitmen ini..? siapa yang saya boleh harapkan untuk melangsaikan hutang-hutang saya..? keluarga? Oh tidak! Walaupun keluarga saya pasti akan membantu menyelesaikannya namun atas desakan prinsip hidup yang saya pegang itu tidak sesekali saya pergi dalam keadaan meninggalkan bebanan pada keluarga yang amat saya sayang itu!

Dengan itu, saya mula memasang niat untuk kembali membuat sumbangan takaful. Saya akan mencari syarikat takaful yang menawarkan plan lengkap bersama dengan Kad Perubatan. Di pejabat, seringkali saya  di datangi agent2 Takaful dari pelbagai Syarikat Takaful yang ada di Malaysia ini tetapi entah kenapa hati ini tidak terbuka untuk mengambil takaful dengan mereka. Mungkin saya jenis yang tidak suka dipaksa kerana saya akan melakukan sesuatu itu apabila saya rasa saya perlu melakukannya bukan atas dasar paksaan.

Dengan izin dari Allah saya dipertemukan dengan Prudential Bsn Takaful, yang telah kembali membuka mata saya terhadap kepentingan dalam menyediakan perlindungan diri dan keluarga. Alhamdulillah saya dipermudahkan oleh Allah dalam usaha mencari ilmu tentang konsep Takaful yang perlu saya fahami sebelum saya meneruskan usaha saya di bidang kewangan berlandaskan Syariah ini. Saya merupakan Graduan di bidang Pendidikan. Mungkin bidang ekonomi dan kewangan ini agak sedikit asing dari bidang pengajian saya namun, jiwa mendidik saya masih selari dengan usaha saya dalam memahamkan masyarakat tentang pentingnya menyediakan perlindungan buat diri.

Hati saya kembali tenang, dada terasa lapang kerana telah dipilih oleh Allah untuk bersama-sama dengan Ahli-ahli PruBsn Takaful dalam menyampaikan  kesedaran kepada sauadara seIslam saya tentang Takaful. Saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk sampaikan kepada semua tentang Konsep Takaful dalam Islam, Bahaya Riba dalam Insuran Konvensional yang saya percaya masih ramai sahabat juga saudara saya yang membuat caruman di sana.

Saya berharap Allah memberi kekuatan untuk saya meneruskan usaha saya di bidang yang penuh dengan cabaran dan onak berduri ini. Menjadi Agen Takaful = Daie = Pendakwah ini bukanlah suatu bidang yang mudah. Sangat memerlukan kekuatan fizikal dan mental, juga ketahanan emosi dan perasaan. Yang paling penting semoga niat suci ini diterima serta dipelihara oleh Allah agar diri ini terus berada dilandasan yg benar.

Saya mengharapkan pahala Amal Jariah saya di bidang ini membantu saya di alam yang kekal abadi nanti. Saya bukan jutawan yang mampu memberi sumbangan amal setiap masa tetapi saya percaya dengan Takaful saya mampu menambah saham akhirat serta pencen kubur saya. Mungkin pembaca masih tidak faham tentang apa yang saya perkatakan ini, oleh itu saya harap anda luangkanlah sedikit masa anda untuk membaca, mengkaji dan terus  mencari maklumat tentang Takful serta bertindak untuk kebaikan di masa depan anda dan keluarga. Bertindaklah atas dasar ilmu bukan kerana desakan atau atas sebab-sebab lain. Hanya dengan kesedaran dan ilmu yang mampu buat anda rasa anda tidak rugi untuk membuka hati anda menerima kepentingan Takaful.

Sebelum saya akhiri bingkisan warkah bicara saya ini, ingin saya sampaikan maklumat penting ini kepada semua bahawa mana-mana syarikat yang diberi nama Takaful tidak kiralah perkataan Takaful itu berada di depan atau belakang perkataan lain ia adalah Syarikat Takaful yang Sah dan Halal mengikut prinsip Syariah. Ini kerana ianya tertakluk bawah Akta Takaful 1984. Bank Negara Malaysia tidak akan sesenang hati memberi nama Takaful kepada mana-mana syarikat yang ingin menjalankan perniagaan takaful. Jadi, anda perlu faham perkara ini terlebih dahulu supaya anda dapat teruskan usaha anda mencari ilmu tentang takaful dengan pemikiran yang Positif terhadap mana-mana Syarikat Takaful yang ada di Malaysia. Cuma, Anda diberi pilihan untuk memilih mana-mana syarikat Takaful yang akan memberi servis terbaik untuk anda. Bagi saya Pru Bsn Takaful adalah yang terbaik.
(◕‿◕)..Salam Takaful..(◕‿◕)

[̲̅l][̲̅i̲ ̅][̲̅k̲̅][̲̅e̲̅ ] + [̲̅s][̲̅h̲̅][̲̅ a̲̅][̲̅r̲̅][̲̅e ̲̅]


✿~Baca Selanjutnya~✿ ...

♥♥♥

Musuh tarekat & Tasawuf

..Pengenalan..

Pada pengamatan dan pemerhatian penulis, sejak kebelakangan ini, telah wujud segolongan puak di Malaysia yang begitu galak memperlekeh, mencaci dan menghina tawasuf serta tarikat. Pelbagai tohmahan demi tohmahan dilontarkan kepada tokoh-tokoh ulama sufi muktabar serta wali-wali Allah Taala. Golongan ini merasakan diri mereka begitu hebat berbanding para ulama yang telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai pewaris para nabi. Walaupun ilmu agama dan amalan yang dimiliki mereka tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan para ulama, namun mereka dengan megah mendabit dada untuk mengatakan mereka begitu arif serta faham semuanya mengenai Islam. Amat menyedihkan lagi, golongan ini terdiri daripada kalangan orang Islam sendiri yang mengaku memahami, mendalami dan memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya merekalah perosak umat Islam.

Mungkin mereka terlupa tentang firman Allah Taala di dalam sebuah hadis qudsi seperti berikut:

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baghawi: Daripada Anas bin Malik R.A., daripada Rasulullah S.A.W., daripada Jibril A.S., daripada Allah Taala berfirman (hadis qudsi) bermaksud:
“Barangsiapa yang menghina kekasihKu maka sesungguhnya dia telah mengajakKu berperang, sesungguhnya Aku akan murka demi kekasih-kekasihKu seperti marahnya sesekor singa yang garang”
(Riwayat Ibnu Abi ad-Dunya, Abu Nuaim).

Hadis qudsi ini ada juga diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza dari riwayat ini oleh al-Bukhari, Ahmad, at-Tabrani, Abu Yala dan sebagainya lagi).

Sebenarnya telah begitu lama penulis ingin menulis serta membincangkan mengenai perkara ini (musuh-musuh tasawuf dan tarikat). Juga beberapa orang pengunjung blog serta ahli iLuvislam.com telah lama meminta saya agar menjelaskan perihal ini. Di dalam tulisan ringkas kali ini, penulis akan cuba membincangkan mengenai musuh-musuh tasawuf dan tarikat dengan penulisan yang mudah dan ringkas agar semua pihak boleh memahaminya dengan sempurna. Di harapkan para pembaca mendapat manfaat dari setiap perbincangan dan perbahasan ini. InsyaAllah.

..Siapakah Musuh-Musuh Tasawuf Dan Tarikat?..

Musuh-musuh tasawuf cuba sedaya upaya untuk menyerang dan menfitnah tasawuf Islam dengan pelbagai pendustaan dan rekaan cerita semata-mata. Mereka juga akan melontarkan berbagai-bagai tohmahan dan penyelewengan mungkin disebabkan oleh perasaan hasad dengki mereka ataupun mungkin juga disebabkan kejahilan diri mereka sendiri terhadap agama Islam. Lebih menyedihkan lagi ada di antara musuh-musuh tasawuf ini terdiri dari kalangan orang-orang Islam sendiri sedangkan mereka semua sudah sedia maklum mengenai hakikat kebenaran tasawuf ini sepertimana yang terkandung di dalam sebuah al-Hadis S.A.W. mengenai Ihsan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

“Bahawa kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya dan jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu.”(Riwayat Muslim).

Berkata al-Muhaddith Syeikh Muhammad Siddiq al-Ghumari:

“Sesungguhnya Ihsan sebagaimana dalam hadis tersebut adalah ibarat dari tiga rukun yang disebutkan. Barangsiapa tidak menyempurnakan rukun Ihsan yang mana ia merupakan tarikat (jalan) maka tanpa ragu-ragu lagi bahawa agamanya tidak sempurna kerana dia meninggalkan satu rukun dari rukun-rukunnya. Tujuan atau kemuncak matlamat yang diseru dan diisyaratkan oleh tarikat ialah maqam Ihsan setelah memperbetukan Islam dan Iman.”(Kitab: Intishar Li Thariqi as-Sufiyyah).

Berkata Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansori:

“Tasawuf ialah suatu ilmu yang diketahui dengannya keadaan penyucian jiwa dan pembersihan akhlak serta mengimarahkan zahir dan batin bertujuan untuk mencapai kebahagiaan yang abadi.”(Kitab: Ala Hamisy Risalah al-Qusyairi).

Berkata Imam Junaid:

“Tasawuf ialah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkahlaku yang rendah lagi di keji..”(Kitab: Nusrah al-Nabawiyyah).

Berkata Syeikh Abdul Kadir Isa di dalam kitabnya Haqaiq An al-Tasawuf mengenai musuh-musuh tasawuf sepertimana berikut (penulis hanya mengambil secara ringkas sahaja):Di antara musuh-musuh tasawuf terdiri dari kalangan orentalis lagi zindiq serta para pengikutnya dan konco-konconya. Mereka telah disusun atur dan dilatih oleh golongan kafir yang jahat bagi mencela Islam. Mereka cuba memusnahkan pokok pangkal Islam dengan menimbulkan pelbagai keraguan serta menyebarkan fahaman-fahaman untuk memecahkan umat Islam. Mereka mempelajari Islam secara mendalam tetapi bertujuan untuk menyeleweng dan memusnahkan Islam. Mereka juga sentiasa memiliki sifat talam dua muka. Mereka juga mendakwa tasawuf diambil daripada Yahudi, Nasrani dan Buddha. Bermacam-macam tohmahan dilemparkan terhadap tokoh-tokoh ulama tasawuf. Apa yang lebih mendukacitakan, terdapat segelintir orang Islam menggunapakai pandangan dan pendapat dari musuh-musuh Islam ini untuk mencela tasawuf secara total. Inikah yang dikatakan pejuang Islam yang sebenarnya? Kadang-kadang mereka ini berselindung di sebalik sebagai seorang pengkaji atau sarjana ilmuan Islam, akan tetapi merekalah di antara para perosak agama Islam dari dalam.

Di antara musuh-musuh tasawuf juga ialah mereka yang jahil dengan hakikat tasawuf Islam itu sendiri. Mereka tidak mempelajari daripada tokoh-tokoh ulama sufi secara jujur dan amanah serta tidak juga mengambil manfaat daripada ulama-ulama tasawuf yang ikhlas menyampaikan ilmu pengetahuan. Mereka cuba mengkaji sendiri kitab-kitab tasawuf sedangkan mereka tidak mempunyai asas dan tidak memahami maksud sebenar serta mereka juga tidak mengetahui tentang penyelewengan terhadap kitab-kitab tersebut oleh musuh-musuh tasawuf Islam. Maka akan timbullah pandangan negatif dan berburuk sangka terhadap tasawuf ini. Kita boleh bahagikan mereka ini kepada beberapa golongan:

Golongan pertama:

Fikrah tentang tasawuf yang ada pada mereka diambil melalui amalan suluk sesetengah golongan yang menyelinap masuk serta menyeleweng yang terdiri daripada musuh-musuh tasawuf. Mereka tidak membezakan di antara tasawuf yang hakiki lagi suci dengan sesetengah perkara jelek dan keji yang datang menyelinap yang tiada hubungkait dengan Islam.

Golongan kedua:

Mereka merupakan golongan yang terpedaya dengan apa yang mereka dapati daripada kitab-kitab tokoh-tokoh sufi yang terdiri daripada pelbagai permasalahan yang diselinap masuk. Mereka mengambilnya sebagai suatu hakikat sabit tanpa sebarang kepastian terlebih dahulu. Mungkin juga mereka mengambil kata-kata sabit yang terdapat dalam kitab-kitab ahli sufi lalu memahaminya tanpa mengikut apa yang dikehendaki oleh kitab tersebut. Mereka mengikut fahaman cetek yang dimiliki, ilmu yang terhad serta keinginan yang tersendiri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada ahli sufi yang jelas kefahamannya tentang syariat dan akidah. Mereka mentakwilkan kalam-kalam para ulama sufi mengikut hawa nafsu tanpa bertanya terlebih dahulu kepada ahlinya yang lebih memahami. Mereka ini seumpama mengambil ayat-ayat al-Quran al-Karim yang mempunyai kesamaran (mutasyabihat) lalu mentakwilkannya sesuka hati tanpa melihat kepada ayat-ayat yang jelas (muhkamat) dan tidak juga bertanya terlebih dahulu kepada para ulama yang lebih mengetahui sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah Taala di dalam al-Quran al-Karim (Surah al-Imran: Ayat 7). Sedangkan ada sebilangan dari kalangan mereka yang begitu mengecam pentakwilan (bukan menurut hawa nafsu) oleh para ulama muktabar bukan?

Golongan ketiga:

Mereka merupakan golongan yang tertipu. Mereka mencedok ilmu pengetahuan daripada orientalis. Mereka hanya menggunapakai pandangan dan sangkaan salah dari para orientalis semata-mata. Mereka tidak dapat membezakan di antara tasawuf Islam yang sebenarnya dengan tasawuf yang telah dicemari di sebabkan mereka tiada ilmu dan asas yang bertepatan.

Inilah di antara musuh-musuh tasawuf serta tarikat yang bertindak menyerang tasawuf dari sebelah luar ataupun dari sebelah dalam Islam. Mereka bersungguh-sungguh menabur fitnah selagimana mereka di berikan nyawa yang sementara ini dari Allah Taala. Mungkin juga mereka lupa bahawa mereka akan diperhitungkan oleh Allah Taala di akhirat kelak. Bersedialah!

..Tarikat Tasawuf Sesat?..

Maksud tarikat secara umumnya ialah suatu jalan (tarikat) yang dilalui seseorang Islam itu untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. Di sini kita tidak menafikan bahawa wujud segelintir tarikat yang sesat dan tidak mengikut syariat Islam yang sebenar. Namun untuk menghukum kesemua tarikat tasawuf adalah salah dan sesat secara pukul rata, dakwaan ini tidaklah boleh diterima akal sama sekali. Ulama-ulama muktabar Islam juga turut memperakui kebenaran tarikat tasawuf ini dan ada di antara mereka merupakan pengamal tarikat di antaranya Imam Hanafi (Sila rujuk kitab ad-Dur al-Mukhtar). Ini merupakan bukti yang kukuh lagi kuat untuk menyatakan bahawa tarikat adalah dibenarkan dan bertepatan dengan Islam. Mana mungkin para ulama muktabar yang begitu memahami dan mendalami Islam mengamalkan tarikat tasawuf jika ia sesuatu yang sesat dan bidaah bukan?

Berkata Imam Shafie:

“Disukai bagiku daripada duniamu tiga perkara: Meninggal perkara yang membebankan diri dan bergaul sesama makhluk dengan lemah lembut serta mengikut jalan ahli tasawuf.”(Kitab: Kasfu al-Khafa Wa Mazilu al-Albas).

Adapun ahli tasawuf yang sebenarnya tidaklah terlepas dari melakukan syariat Islam bahkan merekalah golongan yang perlu memperbanyakkan lagi amalan-amalan baik dengan berlipat-lipat kali ganda. Ini kerana tasawuf dan tarikat itu sendiri terikat dengan al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. sepertimana yang diterangkan oleh Imam Junaid:

“Mazhab kami terikat dengan usul al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W.” (Kitab: al-Tabaqat as-Sufiyyah).

Bagi pengamal tarikat tasawuf Islam yang telah lama mahupun kepada yang baru berjinak-jinak dengan tarikat, mungkin kata-kata dari Syeikh Abdul Qadir al-Jailani ini boleh dijadikan pedoman serta panduan:

“Sesungguhnya meninggalkan ibadah fardhu adalah zindiq,

Melakukan yang haram atau yang ditegah adalah maksiat,

Perkara fardhu tidak akan gugur daripada seseorang individu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.”

(Kitab: al-Fathu ar-Rabbani).

Di sini penulis ingin katakan bahawa tarikat tasawuf bukanlah suatu yang sesat dan bidaah di sisi Islam sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak, bahkan tasawuf adalah sebahagian daripada Islam melalui pengiktirafannya mengenai Ihsan di dalam hadis Jibril A.S. Adapun tarikat yang sesat itu sebenarnya bukanlah dinamakan tarikat tasawuf bahkan mereka ini adalah perosak tasawuf. Mereka mendakwa sebagai pengamal tasawuf, akan tetapi mereka menyeleweng dari landasan yang telah ditetapkan oleh Islam. Inilah di antara masalah-masalah yang terpaksa di hadapi oleh para pengamal tarikat tasawuf sehinggakan ia memberi peluang kepada musuh-musuh tasawuf untuk melancarkan serangan jahat terhadap Islam secara umumnya dan tasawuf secara khususnya.

Namun ada sesetengah pengamal tarikat tasawuf yang terlalu taksub sehingga mengatakan semua pihak yang mendakwa diri sebagai tarikat adalah betul dan tidak salah sama sekali. Mereka ini terus menyalahkan dan memaki-hamun sesiapa sahaja (di manakah akhlak sebagai seorang pengamal tasawuf?) yang mendakwa sesuatu tarikat itu tidak bertepatan dengan Islam walaupun orang yang berkata itu adalah para ulama sufi sendiri. Sedangkan kita semua juga mengetahui bahawa wujud segelintir tarikat yang menyalahi syariat Islam sepertimana yang telah saya jelaskan di atas. Sikap ketaasuban mereka yang terlalu melampau ini juga boleh membuka ruang bagi musuh-musuh tasawuf dan tarikat merendah-rendahkan Islam dan mengucar-kacir masyarat Islam itu sendiri.

..Sufi Atau Pendakwa Sufi?..

Pada hari ini kelihatan tasawuf dikecam dan diburukkan dengan begitu hebat oleh segelintir golongan yang mempunyai niat busuk lagi keji. Ada di kalangan mereka bertopengkan tasawuf serta menisbahkan diri kepada tasawuf. Ada juga di kalangan mereka yang menabur fitnah yang berterusan kepada pengamal tasawuf dengan tohmaham-tohmahan yang tidak bertepatan. Mereka memburuk-burukkan tasawuf dengan berbagai-bagai cara di antaranya melalui kata-kata atau ucapan-ucapan umum, perbuatan, perjalanan hidup, penulisan dan sebagainya lagi sedangkan mereka ini tiada kaitan langsung dengan tasawuf. Ini menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap pengamal tasawuf di sebabkan fitnah yang disebarkan oleh mereka yang konon-kononnya memahami agama Islam. Adakah tindakan mereka itu melambangkan mereka benar-benar memahami Islam?

Pertolongan Allah Taala sentiasa datang untuk membantu hamba-hambaNya yang benar. Allah Taala menzahirkan penyelewengan pendakwa kesufian yang menyeleweng ini untuk membezakan dengan ahli sufi yang sebenarnya. Di antaranya muncul para ulama muktabar terdiri daripada kalangan imam-imam yang diketahui keilmuan dan kealiman mereka itu dan mereka juga ialah tokoh-tokoh sufi yang begitu masyhur serta diperakui kehebatannya. Mereka memberi perakuan dan pengiktirafan terhadap tasawuf ini bahkan mereka juga di antara pengamal tasawuf yang diikuti oleh umat Islam. Mereka bangkit berdakwah dan menyampaikan kebenaran dan menagkis segala kebatilan yang datang dari musuh-musuh tasawuf.

Berkata Syeikh Abdul Kadir Isa:

“Di sana terdapat perbezaan yang begitu ketara di antara tasawuf dan sufi. Golongan yang mendakwa tasawuf dengan segala penyelewengan dan percanggahan bukanlah merupakan gambaran kepada tasawuf. Ia sebagaimana seorang muslim dengan segala perbuatannya yang mungkar bukanlah merupakan gambaran kepada Islam dan agama anutannya.” (Kitab: Haqaiq An al-Tasawuf).

Golongan yang baik ataupun jahat sentiasa ada di dalam semua golongan sehingga hari kiamat. Bukan semua ahli sufi itu sama tarafnya. Ada di kalangan mereka yang soleh dan ada di kalangan mereka yang lebih soleh. Ada yang hebat dan ada yang lebih hebat. Begitu jugalah umat dari generasi salaf yang ada di antara mereka yang baik lagi soleh dan ada di antara mereka yang jahat dan tidak soleh. Semua ini adalah ketentuan dari Allah Taala sebagai ujian dan dugaan kepada hambaNya yang beriman lagi bertakwa.

..Kesimpulan..

Penulis ingin menasihati para pembaca sekalian yang begitu bermusuhan dengan tasawuf dan tarikat agar kalian kembali kepada kebenaran. Janganlah kalian bersuka-suka menimbulkan fitnah dan tohmahan terhadap tasawuf yang kalian sendiri tidak fahami dan dalami. Apakah gunanya kali menabur fitnah di dunia yang sementara ini sedangkan kalian akan di hisab di akhirat kelak? Penulis doakan agar kalian akan diberikan cahaya kebenaran dari Allah Taala.

Semoga penjelasan dan penerangan ringkas ini sedikit sebanyak dapat memperbetulkan semula tanggapan negatif dan salah faham yang timbul di minda umat Islam masa kini terhadap tasawuf dan tarikat. InsyaAllah. Akhir kata, penulis bukanlah di kalangan orang yang begitu layak untuk membicarakan perihal tasawuf ini, akan tetapi mungkin inilah sumbangan sekadarnya yang boleh penulis kongsi untuk membantu agama Islam agar tidak terus dinodai. Wallahualam..

Dipetik dari : buluh.iluvislam.com

✿~Baca Selanjutnya~✿ ...

♥♥♥

Syariat - Tarikat - Hakikat - Makrifat

Islam adalah iman , ilmu dan amal. Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk batiniah atau rohaniah.


Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali,dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan mengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban kerana-Nya.

Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut kita kepada Allah.

Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini sesuai dengan hadis yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah"

Amalan agama yang tidak didahului oleh rasa cinta dan rasa takut kepada Allah sudah tentu tidak akan membawa kita kepada-Nya. Sudah pasti ia didorong oleh perkara-perkara dan kerana-kerana yang lain. Mungkin kerana mahukan Syurga. Mungkin kerana takutkan Neraka. Mungkin kerana mahukan pahala dan fadhilat. Walaupun tujuan-tujuan ini tidak salah kerana ianya sebahagian dari janji-janji Tuhan, tetapi maqamnya terlalu rendah. Justeru itu hasil dan manfaat dari ibadah seperti ini juga adalah rendah.

Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ini, walaupun banyak, tidak akan dapat mengubah akhlak dan peribadi kita. Ia tidak akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita. Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita. Ini kerana Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat dalam ibadah kita. Kalau Tuhan tidak dilibatkan, maka hati akan kurang berperanan kerana hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan dalam ibadah.

Tambahan pada itu ibadah kerana hendakkan Syurga, pahala dan fadhilat dan kerana takutkan Neraka ini ada risikonya. Disebabkan Tuhan dan hati tidak dilibatkan sama dalam ibadah seperti ini, maka ibadah ini tidak ada kekuatannya. Lama kelamaan, ia akan dicelahi dengan rasa bosan dan jemu. Sukar hendak diistiqamahkan. Ia juga mudah dihinggapi penyakit riyak, ujub dan sum'ah. Ini semua akan memusnahkan pahala ibadah. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah untuk dipuji, untuk disanjung, untuk mendapat nama dan glamour, untuk menunjuk-nunjuk dan kerana sebab-sebab lain yang berbentuk duniawi. Sudah tentulah ia tidak ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya berserta dengan laknat-Nya sekali. Ibadah seperti ini tidak akan mendekatkan seseorang itu dengan Allah. Malahan dia akan bertambah jauh dari Allah. Dia berbuat maksiat dan kemungkaran dalam ibadahnya. Lagi banyak dia beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.

Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada urutan dan susunannya. Ada "progression" nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .

..Syariat..
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat biji benih.

..Tariqat..
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh. Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun.

..Hakikat..
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqam redha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja (sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat dengan faham dan dihayati.

..Makrifat..

Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al-Arifbillah..

Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana ia hanya melibatkan usaha lahir.

Dipetik dari : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5173.0

✿~Baca Selanjutnya~✿ ...

♥♥♥

~ Amalan untuk memperoleh jodoh atau anak ~


Oleh : Al’Haqier Mohd Khalis Mohd Kamal

http://alfaatihwalkhaatim.blogspot.com/


1) Membaca Surah Al-Fatihah dihadiahkan kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam,Keluarga Baginda, Sahabat Baginda, Tabi',Tabi'ul Tabi'in,Auliyak, Ulamak, Guru-Guru Kita Dan Sekelian Muslimin dan Muslimat

أ َعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. ٱهْدِنَا الصِّرَ ٰطَ الْمُسْتَقِيمَ. صِرَ ٰطَ الَّذِينَ أ َنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّـاۤ لِّينَ. آمين


2) Membaca Selawat al-Fatih 30 kali :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ. 30 كالي


3) Membaca doa :

رَبِّ لاَ تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

“Ya tuhanku, janganlah engkau birakan daku seorang diri (tanpa anak) dan Engkau sebaik-baik yang mewarisi”


4) Juga doa :

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

“Ya tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (memperkenan) doa permohonan”


5) Juga doa :

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوۤاْ أَنَّ السَّمَـٰواتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَـٰهُمَا, وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَآءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّ, أَفَلاَ يُؤْمِنُونَ

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu adalah keduanya pada asalnya bercantum (sebagai benda yang satu) lalu Kami pisahkan keduanya dan Kami jadikan dari air tiap-tiap sesuatu yang hidup? Maka mengapa tidak mahu beriman?”


6) Doa ini baca 7 kali :

سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ بَيْنَ الْكَافِ وَالنُّونِ, سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ. أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَن يَشْفِيَكَ


7) Solat Hajat 2 raka'at, sebaik-baiknya pada 1/3 malam :

~Raka'at pertama : Surah Al-Kafirun

~Raka'at kedua : Surah Al-Ikhlas


Doa solat hajat :


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, حَمْدًا حَامِدِينَ, حَمْدًا شَاكِرِينَ, حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ, يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِك

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنجِينَا بِهَا مِن جَمِيعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ, وَتَقْضِى لَنَا بِهَا جَمِيعِ الْحَاجَاتِ, وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِن جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ, وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِندَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ, وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِن جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ, فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ, وَعَلَى آلِهِ وَصَحبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيمًا كَثِيرًا.

اللَّهُمَّ يَا مُؤْنِسَ كُلَّ وَاحِيدٍ, وَيَا صَاحِبَ كُلَّ فَرِيدٍ, وَيَا قَرِيبًا غَيْرَ بَعِيدٍ, وَيَا شَاهِدًا غَيْرَ غَائِبٍ, وَيَا غَالِبًا غَيْرَ مَغْلُوبٍ, أَسْئَلُكَ بِاسْمِكَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ, الْحَىِّ الْقَيُّومِ, الَّذِى لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ, أَسْئَلُكَ بِاسْمِكَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ, الْحَىِّ الْقَيُّومِ, الَّذِى عَنَتْ لَهُ الْوُجُوهُ, وَجَشَعَتْ لَهُ الْأَصْوَاتُ, وَوَجِلَتْ مِنْهُ الْقُلُوبُ, أَن تُصَلِّيَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ, وَأَن تَجْعَلَ لِى مِن أَمْرِى فَرَجًا وَمَخْرَجًا, وَتَقْضِيَ حَاجَتِى.................(سبوت حاجة) يا الله, يا الله, يا الله, أَنتَ الله, بَلَى وَالله, أَنتَ الله, لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ أَنتَ, الله, الله, الله, والله, إِنَّهُ لاَ إِلَـٰهَ إلاَّ اللهُ, اِقْضِ حَاجَتِى.................(سبوت حاجة) وَارْزُقْنِى.

اللَّهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ, كَاشِفَ الْغَمِّ, مُجِيبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّينَ, رَحْمَـٰنَ الدُّنْيَا وَالْأَخِرَةْ, أَسْئَلُكَ أَن تَرْحَمَنِى رَحْمَةً مِنْ عِندِكَ تُغْنِينِى بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مِن سِوَاكَ.

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ, يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ, يَا

دَائِمُ, يَا فَرْدُ, يَا وِتْرُ, يَا أَحَدُ, يَا مَالِكَ الْمُلْكِ, يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالْإِكْرَامِ, بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ.

سُبْحَانَ الَّذِى لَبِسَ الْعِزَّةَ وَقَالَ بِهِ, سُبْحَانَ الَّذِى تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ, سُبْحَانَ الَّذِى أَحْصَى كُلَّ شَىْءٍ بِعِلْمِهِ, سُبْحَانَ الَّذِى لاَ يَنبَغِى التَّسْبِيحُ إِلاَّ لَهُ, سُبْحَانَ ذِى الْمَنِّ وَالْفَضْلِ, سُبْحَانَ ذِى الْعِزِّ وَالْكَرَمِ, سُبْحَانَ ذِى الطَّوْلِ وَالنِّعَمِ, أَسْئَلُكَ بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِكَ, وَمُنتَهَى الرَّحْمَةِ مِن كِتَابِكَ, وَبِاسْمِكَ الْأَعْظَمِ, وَجَدِّكَ الْأَعْلَى, وَكَلِمَاتِكَ التَّامَّاتِ الَّتِى لاَيُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلاَ فَاجِرٌ, أَن تُصَلِّيَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ, وَأَن تَقْضِيَ حَاجَتِى.................(سبوت حاجة) ياَ قَاضِيَ الْحَاجَاتِ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْئَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ, وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ, وَالسَّلاَمَةَ مِن كُلِّ إِثْمٍ, وَالْغَنِيمَةَ مِن كُلِّ بِرٍّ, وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ, وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ.

يَا رَبَّنَا لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ, وَلاَ هَمًّا إلاَّ فَرَّجْتَهُ, وَلاَ كَرْبًا إِلاَّ نَفَّسْتَهُ, وَلاَ عَدُوًّا إِلاَّ أَهْلَكْتَهُ, وَلاَ مَرِيضًا إِلاَّ شَفَيْتَهُ, وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْتَهُ, وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالْأَخِرَةِ, هِيَ لَكَ رِضًا, وَلَنَا فِيهَا صَلاَحٌ إِلاَّ قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا, يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ, وَيَا أَكْرَمَ الْأَكْرَمِينَ.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسَأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, نَبِيِّ الرَّحْمَةِ, يَا سَيِدِنَا مُحَمَّدُ, يَا نَبِيَّ الرَّحْمَةِ, إِنِّى تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّى فِى حَاجَتِى هَذِهِ لِتُقْضَى.................(سبوت حاجة) اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فِيَّ, وَشَفَّعْنِى فِى نَفْسِى

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ


~ ~ Downdload This Article Here ~ ~

Amalan Memperoleh Jodoh & Anak. pdf

✿~Baca Selanjutnya~✿ ...

♥♥♥

~ Kemaafan Adalah Dendam Yg Terindah ~


Oleh : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus


Seringkali kita menghadapi kesukaran untuk memaafkan orang yang pernah melakukan kesilapan terhadap kita. Adakalanya kita masih terbawa-bawa dengan kesilapan yang telah dilakukan terhadap kita bertahun-tahun yang lampau dan ianya masih lagi menjejaskan hubungan kita dengan pihak tersebut. Ini secara tidak langsung menyalahi perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mencintai sesama muslim.


Sabda Nabi s.a.w.:- "Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.-(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 13)


Oleh itu ada baiknya bagi kita untuk meneliti tuntutan syarak berkaitan dengan sikap saling maaf-memaafkan dan apakah sikap-sikap yang perlu kita praktikkan untuk menjadi seorang yang pemaaf.


~ Apakah Makna Memberi Kemaafan ~


Memberi kemaafan bermaksud walaupun seseorang itu mampu untuk membalas kejahatan yang dilakukan terhadapnya atau menuntut sesuatu dari mereka yang melakukan kesalahan tersebut, namun dia tidak melakukannya. Malah dia memaafkannya secara ikhlas demi mengharapkan keredhaan Allah SWT.


Sesungguhnya di dalam al-Qur’an terdapat sebuah kisah yang akan lebih memperjelaskan makna memberi kemaafan.Nabi Yusuf a.s. merupakan anak kesayangan bagi Nabi Ya’kub a.s. sehinggakan Nabi Yusuf dicemburui oleh saudara-saudaranya yang lain. Lalu mereka mengkhianati Nabi Yusuf dan mencampakkan baginda ke dalam sebuah perigi. Namun baginda telah diselamatkan oleh sekumpulan musafir dari negara Mesir lalu dia bawa kembali ke sana.


Untuk dipendekkan cerita, akhirnya Nabi Yusuf telah dilantik oleh pemerintah Mesir untuk menjadi pembesar negara yang bertanggungjawab menjaga perbendaharaan. Baginda kemudiannya ditakdirkan untuk bertemu semula saudara-saudaranya yang telah mengkhianati baginda sebelum ini. Dengan kekuasaan yang ada pada tangan baginda tentu sekali dengan mudah baginda mampu untuk membalas perbuatan khianat saudara-saudara kandungnya itu.


Namun sikap pemaaf baginda telah menghindarinya dari bersikap sedemikian rupa dan kisah ini telah dirakamkan di dalam al-Qur’an melalui ayat-ayat di bawah: "Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah?" Ia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku(Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat-Nya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami(disebabkan taqwa dan kesabaranmu) ; dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah". Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani". (Yusuf (12) : 90-92)


~ Keutamaan Memberi Kemaafan ~


1) Sikap pemaaf merupakan ciri-ciri orang yang bertaqwa

Orang yang bertaqwa adalah mereka yang mengerjakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Allah SWT telah mengkategorikan mereka yang pemaaf termasuk dalam golongan muttaqin (orang yang bertaqwa).


Firman-Nya: "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan(mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." -Aali Imraan (3) : 133-134)


2) Allah Subhanahu wa Ta'ala mengampunkan mereka yang pemaaf serta menempatkan mereka di syurga.


Dari ayat di atas ini juga dapat kita membuat kesimpulan bahawa mereka yang pemaaf mudah mendapat keampunan Allah SWT dan akan ditempatkan di syurga.


Di ayat yang lain Allah SWT berfirman: "… dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. -(al-Nuur (24) : 22)


3) Sikap pemaaf merupakan akhlak yang mulia yang dituntut oleh syarak Sikap mudah memaafkan orang lain merupakan suatu akhlak yang mulia lagi terpuji dan ianya tergolong dalam amalan yang amat digalakkan perlaksanaannya oleh Allah SWT.


Firman-Nya: "Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat(melakukannya). -(Al-Syuura (42) : 43)


4) Allah SWT mengasihi mereka yang pemaaf Allah SWT mengasihi mereka yang mudah memaafkan kesalahan orang lain. Firman-Nya: "… dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.-(Aali Imraan (3) : 134)


Tentu sekali bagi mereka yang dikasihi oleh Allah SWT akan mudah mendapat rahmat serta keampunan-Nya. Demikianlah beberapa keutamaan yang sempat penulis ketengahkan untuk menunjukkan betapa agungnya sikap mudah memaafkan serta melupakan kesalahan orang lain terhadap kita.


~ Nabi S.A.W. Merupakan Seorang Yang Pemaaf ~


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. merupakan sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umat manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).-(Al-Ahzaab (33) :21)


Di antara contoh keperibadian yang tinggi yang wujud dalam diri Rasulullah s.a.w. adalah sikap pemaaf baginda. Hal ini dapat kita perhatikan di dalam banyak peristiwa yang terjadi pada diri baginda melalui banyak riwayat-riwayat yang sabit. Namun begitu memadai bagi penulis untuk menurunkan beberapa sahaja hadis-hadis yang berkaitan.


Aishah r.a. berkata: "Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mempergunakan tangannya untuk memukul isteri atau pelayan, kecuali ketika dalam perang fisabilillah dan belum pernah Rasulullah diganggu lalu membalas kecuali jika terlanggar suatu hukum Allah, maka dia membalas kerana Allah 'Azza wa Jalla. -(Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 2328)


Hadis di atas ini menjadi dalil bahawa sifat suka memberi kemaafan ini harus sesuai dengan keadaan. Sekiranya hukum Allah SWT ditolak malah dihina, maruah umat Islam dicalar, maksiat berleluasa dan lain-lain perbuatan berat yang menyalahi syarak, maka sewajarnya untuk kita memberi balasan ataupun tindakan yang sewajarnya. Sebagai contohnya sekiranya ahli keluarga kita melakukan maksiat, maka tidaklah semestinya untuk kita secara semberono memaafkannya tanpa memberi hukuman yang setimpal.


Sekiranya setelah ditegur ataupun diberi hukuman setimpal dan dia menyedari akan kesilapannya serta bertaubat untuk menjauhi perbuatan maksiat tersebut maka hendaklah kita memaafkannya serta menyokong usahanya untuk berubah ke arah kebaikan.


Anas r.a. berkata: "Ketika saya berjalan bersama Nabi s.a.w. sedang Nabi memakai selendang Najran yang tebal, tiba-tiba bertemu seorang Badwi lalu menarik selendang itu dengan keras sehingga meninggalkan bekas pada leher Nabi s.a.w. sambil berkata: “Hai Muhammad! Berikan kepadaku dari harta Allah yang ada padamu.” Maka Rasulullah menoleh kepada orang Badwi tersebut sambil tersenyum, kemudian Nabi menyuruh pesuruhnya untuk memberikan pada Badwi itu permintaanya. -Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 3149)


Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Seolah-olah saya masih melihat pada Rasulullah s.a.w. ketika kejadian seorang Nabi yang dianiayai kaumnya hingga berlumuran darah, sambil mengusap darah dari mukanya lalu bersabda: “Ya Allah, ampunkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui.” -(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 3477)


Semoga riwayat-riwayat di atas akan dijadikan pedoman bagi kita untuk mudah memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.


~ Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Untuk Menjadi Seorang Yang Pemaaf ~


Sesungguhnya terdapat beberapa kualiti diri yang perlu ada di dalam diri masing-masing sebelum dapat menjadi seorang yang pemaaf. Tanpa ciri-ciri tersebut tentu sekali amat sukar bagi sesiapa jua untuk memaafkan mahupun melupakan kesalahan orang terhadap dirinya. Ciri-ciri tersebut adalah:


1) Bersabar

Boleh dikatakan sikap sabar ini adalah pokok bagi bercambahnya segala akhlak-akhlak yang mulia. Sikap pemaaf tidak akan terlaksana tanpat sifat sabar. Sekiranya seseorang membuat kesalahan terhadap kita lantas kita hilang sabar, maka ianya akan menimbulkan perasaan marah. Dan sekiranya perasaan marah ini pula tidak dibendung, ianya akan menimbulkan pula perasaan dendam terhadap pelaku kesalahan tersebut.


Sebaliknya sekiranya kita mampu untuk bersabar terhadap kesalahan orang lain terhadap kita, maka kita akan lebih mudah untuk memaafkannya serta melupakan segala kesalahan yang telah dilakukannya. Oleh itu, tidaklah menjadi satu hal yang aneh sekiranya Allah SWT memberi ganjaran yang amat besar bagi mereka yang penyabar.


Firman-Nya: "Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu.(Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". -(al-Zumar (39) : 10)


Antara sikap yang perlu diambil sekiranya seseorang sedang berkata buruk terhadap kita, adalah dengan mengucapkan: “Sekiranya apa yang dikatakan itu benar semoga Allah mengampuni diriku, dan sekiranya ucapannya berisi kedustaan maka semoga Allah mengampuni dirinya.”


Marilah kita cuba untuk mempraktikkannya kerana ternyata sikap ini dapat mengelakkan terjadi perbalahan yang berpanjangan malah orang yang mempunyai niat buruk terhadap kita juga berkemungkinan tinggi akan insaf terhadap kesilapan dalam dirinya kerana melihat sikap sabar yang ada dalam diri kita.


2) Mengawal perasaan Marah

Perasaan marah merupakan satu senjata tipu daya syaitan untuk memporak-perandakan hidup

manusia. Oleh itu Rasulullah s.a.w. menyarankan bagi mereka yang sedang marah untuk membaca ta’awudz sebagamana yang diriwayatkan oleh Sulaiman bin Shurad r.a.: "Ketika saya duduk bersama Nabi s.a.w., mendadak ada dua orang yang saling memaki, sedang salah satu daripadanya telah merah wajahnya serta tegang pula urat lehernya.


Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Saya mengetahui suatu kalimat yang kalau dibaca pasti hilang apa yang dirasakannya iaitu "Aku memohon perlindungan daripada Allah dari (hasutan) syaitan.”


Maka para sahabat memberitahukan pada orang yang sedang marah itu: “Nabi s.a.w. menyuruh engkau membaca "Aku memohon perlindungan daripada Allah dari (hasutan) syaitan.” -(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 3282)


Syaitan sememangnya sentiasa ingin melihat kehidupan manusia porak-peranda dan berduka-cita. Lalu dibisikkan ditelinga-telinga manusia, api kemarahan dan menghindari sikap saling bermaafan untuk mengeruhkan lagi suasana. Ini sememangnya tugas syaitan, musuh yang nyata bagi golongan yang beriman.


Firman Allah SWT: "Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) syaitan untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. -(al-Mujadalah (58) : 10)


Maka itu, penting bagi kita untuk mengawal perasaan marah supaya terbuka pintu kemaafan di hati kita terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sikap mengawal marah ini ternyata amat dititik-beratkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana apabila seorang sahabat meminta sebuah nasihat daripada baginda s.a.w., ternyata baginda bersada:


"Jangan Marah."


Kemudian orang tersebut mengulangi permintaanya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi

baginda menjawab:


"Jangan Marah." (Sila rujuk peristiwa ini di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 6116)


Ternyata mengawal perasaan marah itu adalah penting disisi Nabi s.a.w. sehingga berulang-ulang kali baginda mengingatkannya kepada sahabat tersebut. Baginda juga beranggapan bahawa bagi seseorang yang mampu mengawal perasaan marah, maka dia merupakan seorang yang gagah perkasa.


Sabdanya: "Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergulat (bergusti), tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah. -(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 6114)


Allah SWT juga akan memberi ganjaran yang besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya) , maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya. -(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, hadis no: 2417)


Sebaiknya untuk kita meredakan perasaan marah kita terhadap seseorang, hendaklah kita fokuskan jiwa kita untuk melihat sudut positif yang terdapat di dalam orang yang sedang kita marahi tersebut. Mungkin terdapat banyak perkara-perkara baik yang pernah dia lakukan terhadap kita yang sekiranya kita renungkan secara mendalam akan memadamkan api kemarahan yang wujud di dalam jiwa kita.


Sebagai contohnya apabila kita marah melihat kesalahan yang dilakukan oleh isteri kita maka hendaklah kita fokuskan perbuatan-perbuatan yang baik yang pernah dilakukannya sepanjang perkahwinan kita.


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya, maka mungkin dia boleh meredhai akhlaknya yang lain". -(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, hadis no: 1469)


3) Menghilangkan perasaan dendam kesumat

Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan dengan segera akan menyebabkan ia masuk ke dalam batin dan bergelora di dalam hati. Akhirnya ianya akan mewujudkan perasaan dendam di dalam jiwa. Maka hati akan merasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta perasaan ingin menjauhkan diri daripada orang tersebut. Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita ingin menghukum pihak yang telah melakukan kesalahan terhadap kita.

Saidina Abu Bakar al-Shiddiq r.a. pernah menghadapi masalah perhubungan dengan salah seorang ahli keluarga beliau yang bernama Misthah, lalu beliau mengambil keputusan untuk tidak memberi nafkah kepadanya.


Kemudian turunlah firman Allah Ta’ala: "Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." -(al-Nuur (24) : 22)


Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan yang dilakukan oleh orang lain dengan kejahatan yang lain. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ianya hanya akan mengeruhkan lagi suasana.


Sabda Rasulullah s.a.w.: "Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada di dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang tersebut." -(Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim r.a.)


4) Lemah lembut

Di antara batu penghalang utama untuk kita menerapkan sikap saling bermaaf-maafan adalah sikap yang kasar, keras kepala dan berhati batu. Oleh itu sikap lemah-lembut dalam pergaulan seharian terutamanya dengan sesama muslim merupakan satu akhlak yang terpuji dan mencerminkan budi pekerti yang luhur dan kewarasan jiwa.

Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Wahai ‘Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dan Dia memberikan atas (sebab) kelemah-lembutan apa yang tidak Dia berikan atas (sebab) kekerasan dan yang tidak Dia berikan atas (sebab) selainnya." -(Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslm, hadis no: 2593)

Dan Allah SWT juga telah menganugerahkan kepada Nabi-Nya sikap lemah lembut terhadap umat manusia yang lain dan sikap ini merupakan daya tarikan terhadap manusia disekelilingya terhadap dakwahnya. Melalui sikap lemah-lembut ini jugalah membuahkan munculnya sifat suka memaafkan kesalahan pihak lain.


Firman Allah SWT: "Maka dengan sebab rahmat(yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. -(Aali Imraan (3) : 159)


~ Kesimpulan ~


Maka dengan ini hendaklah kita menjadi seorang yang gemar memaafkan kesalahan orang lain kerana sifat ini merupakan cerminan bagi akhlak yang mulia serta ianya dituntut oleh syarak. Sikap saling memaafkan ini merupakan salah satu dari ciri-ciri yang perlu wujud di dalam masyarakat Islam demi untuk mengukuhkan perpaduan serta persaudaraan yang kian terhakis.

Perpecahan yang melanda umat Islam telah melemahkan kita sehinggakan kita berantakan sesama sendiri sedangkan pihak musuh Islam sentiasa menantikan ruang-ruang kelemahan yang ada demi untuk meruntuhkan apa sahaja kekuatan yang masih wujud pada umat Islam. Ingatlah bahawa semua umat Islam itu bersaudara dan hindarkanlah dari berpecah-belah.

Firman Allah SWT: "Dan berpegang-teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu(sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. -(Aali Imraan (3) : 103)



Petikan:http://bliss-infinity.blogspot.com/search?updated-max=2009-07-30T11%3A54%3A00%2B08%3A00&max-results=10



✿~Baca Selanjutnya~✿ ...

♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...