♥~ I Want To Die With My Forehead On The Ground, The Sunnah In My Heart, Allah On My Mind, Quran On My Tongue, And Tears In My Eyes..~♥

Pages

Laman Baru..


Salam Kasih Sayang buat saudara-saudara SeIslamku kerana Allah, terima kasih kerana sudi menjengah teratak ini. Setelah sekian lama menyepi dari dunia maya saya kembali lagi dengan membina laman www.takafullink4all.combertujuan untuk berkongsi kesedaran dan kepentingan perlindungan Takaful buat semua. 


Saya bersyukur kerana Allah telah memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan takaful. Saya merasakan keperluan adanya perlindungan diri sejak saya masih menuntut di tahun akhir pengajian ijazah saya. Ketika itu saya masih belum bergaji saya korbankan sedikit pendapatan dari kerja sampingan ‘Home Tuisyen’ saya untuk membayar sumbangan Takaful. Oleh kerana pengangkutan utama saya ketika itu adalah motosikal saya sering merasakan saya perlu ada takaful untuk memberi perlindungan sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya. Atas desakan prinsip hidup saya yang tidak akan menyusahkan orang sekiranya masih mampu melakukan sesuatu menggunakan kudrat yang Allah kurniakan ini saya sanggup korbankan sedikit duit belanja untuk tujuan ini.

Tetapi malangnya ketika itu, saya masih belum sedar sepenuhnya tentang konsep takaful, lebih kepada tiada ilmu tentang Takaful. Hanya terfikir ketika itu akan mendapat pampasan sekiranya berlaku kematian. hampir setahun saya membayar sumbangan tiba-tiba terdetik di hati rasa seperti rugi membuat bayaran sekiranya tidak berlaku apa-apa pada diri saya. Akhirnya sumbangan saya terputus di tengah jalan.

Tatkala melangkah ke alam pekerjaan, di buai dengan segala macam pinjaman yang terlalu mudah untuk dipohon buat hati saya terdetik! juga minda saya kembali diterjah untuk berfikir. Apa akan jadi sekiranya saya mati di usia muda yang sudah tentu terlalu banyak dengan komitmen ini..? siapa yang saya boleh harapkan untuk melangsaikan hutang-hutang saya..? keluarga? Oh tidak! Walaupun keluarga saya pasti akan membantu menyelesaikannya namun atas desakan prinsip hidup yang saya pegang itu tidak sesekali saya pergi dalam keadaan meninggalkan bebanan pada keluarga yang amat saya sayang itu!

Dengan itu, saya mula memasang niat untuk kembali membuat sumbangan takaful. Saya akan mencari syarikat takaful yang menawarkan plan lengkap bersama dengan Kad Perubatan. Di pejabat, seringkali saya  di datangi agent2 Takaful dari pelbagai Syarikat Takaful yang ada di Malaysia ini tetapi entah kenapa hati ini tidak terbuka untuk mengambil takaful dengan mereka. Mungkin saya jenis yang tidak suka dipaksa kerana saya akan melakukan sesuatu itu apabila saya rasa saya perlu melakukannya bukan atas dasar paksaan.

Dengan izin dari Allah saya dipertemukan dengan Prudential Bsn Takaful, yang telah kembali membuka mata saya terhadap kepentingan dalam menyediakan perlindungan diri dan keluarga. Alhamdulillah saya dipermudahkan oleh Allah dalam usaha mencari ilmu tentang konsep Takaful yang perlu saya fahami sebelum saya meneruskan usaha saya di bidang kewangan berlandaskan Syariah ini. Saya merupakan Graduan di bidang Pendidikan. Mungkin bidang ekonomi dan kewangan ini agak sedikit asing dari bidang pengajian saya namun, jiwa mendidik saya masih selari dengan usaha saya dalam memahamkan masyarakat tentang pentingnya menyediakan perlindungan buat diri.

Hati saya kembali tenang, dada terasa lapang kerana telah dipilih oleh Allah untuk bersama-sama dengan Ahli-ahli PruBsn Takaful dalam menyampaikan  kesedaran kepada sauadara seIslam saya tentang Takaful. Saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk sampaikan kepada semua tentang Konsep Takaful dalam Islam, Bahaya Riba dalam Insuran Konvensional yang saya percaya masih ramai sahabat juga saudara saya yang membuat caruman di sana.

Saya berharap Allah memberi kekuatan untuk saya meneruskan usaha saya di bidang yang penuh dengan cabaran dan onak berduri ini. Menjadi Agen Takaful = Daie = Pendakwah ini bukanlah suatu bidang yang mudah. Sangat memerlukan kekuatan fizikal dan mental, juga ketahanan emosi dan perasaan. Yang paling penting semoga niat suci ini diterima serta dipelihara oleh Allah agar diri ini terus berada dilandasan yg benar.

Saya mengharapkan pahala Amal Jariah saya di bidang ini membantu saya di alam yang kekal abadi nanti. Saya bukan jutawan yang mampu memberi sumbangan amal setiap masa tetapi saya percaya dengan Takaful saya mampu menambah saham akhirat serta pencen kubur saya. Mungkin pembaca masih tidak faham tentang apa yang saya perkatakan ini, oleh itu saya harap anda luangkanlah sedikit masa anda untuk membaca, mengkaji dan terus  mencari maklumat tentang Takful serta bertindak untuk kebaikan di masa depan anda dan keluarga. Bertindaklah atas dasar ilmu bukan kerana desakan atau atas sebab-sebab lain. Hanya dengan kesedaran dan ilmu yang mampu buat anda rasa anda tidak rugi untuk membuka hati anda menerima kepentingan Takaful.

Sebelum saya akhiri bingkisan warkah bicara saya ini, ingin saya sampaikan maklumat penting ini kepada semua bahawa mana-mana syarikat yang diberi nama Takaful tidak kiralah perkataan Takaful itu berada di depan atau belakang perkataan lain ia adalah Syarikat Takaful yang Sah dan Halal mengikut prinsip Syariah. Ini kerana ianya tertakluk bawah Akta Takaful 1984. Bank Negara Malaysia tidak akan sesenang hati memberi nama Takaful kepada mana-mana syarikat yang ingin menjalankan perniagaan takaful. Jadi, anda perlu faham perkara ini terlebih dahulu supaya anda dapat teruskan usaha anda mencari ilmu tentang takaful dengan pemikiran yang Positif terhadap mana-mana Syarikat Takaful yang ada di Malaysia. Cuma, Anda diberi pilihan untuk memilih mana-mana syarikat Takaful yang akan memberi servis terbaik untuk anda. Bagi saya Pru Bsn Takaful adalah yang terbaik.
(◕‿◕)..Salam Takaful..(◕‿◕)

[̲̅l][̲̅i̲ ̅][̲̅k̲̅][̲̅e̲̅ ] + [̲̅s][̲̅h̲̅][̲̅ a̲̅][̲̅r̲̅][̲̅e ̲̅]



♥♥♥

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

✿ Tinggalkan Pesanan Anda Di Sini Ya..✿
✿ Terima Kasih Atas Kalam Berharga Anda..✿
✿ ~I Owe A Lot..!~ ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...